20 Jun 2017 - 09:07
Australia Gantung Operasi Serangan Udara Di Syria

Menurut laporan media, operasi serangan (udara) Angkatan Pertahanan Australia di Syria sudah dihentikan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut laporan media, operasi serangan (udara) Angkatan Pertahanan Australia di Syria sudah dihentikan.

Australia telah menggantung kempen udara mereka di Syria selepas pesawat tempur Amerika Syarikat menembak jatuh pesawat Su-22 milik kerajaan Syria.

Tindakan A.S menembak jatuh pesawat Syria yang sedang menyasarkann kedudukan kumpulan pengganas Takfiri Daesh telah menyebabkan Rusia menggantung saluran komunikasi mereka dengan pakatan yang diketuai oleh Washington itu. Saluran itu bertujuan untuk mengelakkan sebarang insiden di ruang udara Syria.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, operasi serangan (udara) Angkatan Pertahanan Australia di Syria akan digantung buat sementara waktu," lapor The Canberra Times yang memetik kenyataan itu.

Amerika Syarikat mendakwa bahawa mereka menembak jatuh pesawat itu di dalam apa yang digambarkan oleh mereka sebagai "tindakan mempertahankan diri secara kolektif bagi tentera sahabat kepada pakatan" mereka sendiri.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergey Ryabkov mengecam keras Amerika Syarikat kerana menembak jatuh pesawat itu. Beliau mengatakan bahawa tindakan itu merupakan sebuah "pencabulan pada skala yang besar ke atas undang-undang antarabangsa dan pada hakikatnya adalah sebuah tindakan kekerasan secara ketenteraan" ke atas sebuah negara yang berdaulat. -ABNA24

/315